
Akum pada semua bikers2 Sabah, Sarawak dan Brunei. Sorry lah blog ni lama berehat disebabkan kesibukan semasa. Untuk pengetahuan semua rakan2 bikers kelab MVT ( yang dahulunya 'Motocross Venture Team' ) telah ditukar kepada 'KML' ( Kelab motosikal Lasak Lahad Datu, Sabah ). Untuk penutupan tahun 2009 dan sambutan tahun 2010 baru-baru ini, 1 ekspedisi telah dirancang untuk melalui kawasan-kawasan pendalaman/ 'Camp Village' area Batu 13 simpan Jeroco Estate-Ladang Tas-Hap Seng Rivers Estate-Feri-Tabin Wildlife-Ladang Permai-Zinova-Stesen M.P.O.B-P.O.I.C-hinggalah sambutan di Pekan Lahad Datu tepat jam 12.00 tgh malam..( Fui Yoo- Meriah OOO ) Perjalanan ekspedisi/ konvoi kali ini sejauh 4++ kilometer melalui jalan tar, gravel, berlumpur dan jalan tikus ( jalan hutan ). Konvoi kali ini disertai lebih kurang 50 bikers terdiri daripada ahli kelab dan juga ahli-ahli bersekutu termasuk 1 double cap ( milik Pengerusi kelab En. Muliadie ) untuk mengangkut barang2 keperluan serta alat ganti. Tq byk2 Pengerusi..Perjalanan konvoi bermula seawal jam 7.00 pagi ( Sarapan dan tempat berkumpul di Restoran Nur Hidayah ). Selepas bacaan Doa dari En. Syed Umar ( Bapanya Si Amir Aprillia ), Konvoi mula bergerak mengikut susunan nombor pendaftaran yang telah ditetapkan ( 4 group ) untuk mengelak daripada deretan panjang sewaktu dalam perjalanan. Keunikan konvoi kali ini bertambah meriah lagi apabila salah seorang ahli bersekutu yang menyertai konvoi ini hanya menggunakan jentera jenis Skuter'Cross (Mr. Natt ), dan cuma menggantikan tayar jenis berbunga kasar tanpa modifikasi ke jenis jentera Cross sepenuhnya. Sikap seperti ini lah yang kelab KML alu-alukan demi menjalinkan hubungan lebih erat sesama bikers... Konvoi tahun baru 2010 ini dianggap berjaya dari segala aspek terutama kekurangan kerosakan pada jentera ahli..( cuma yang kecil-kecil aje seperti pancit, spark plug haus dan nut longgar dsb )..tidak seperti dulu-dulu tak sampai 1KM jalan ada je yang rosak..( termasuk motorku lah tue ).. ha..ha.. "Tahniah' diucapkan kepada ahli kelab yang bersedia dan semangat memperbaiki jentera masing-masing sebulan awal lagi sebelum konvoi.. Walau pun begitu, masih ada juga jentera yang kena naik double cap akibat kerosakan teknikal yang sedikit teruk dan boleh cuba lagi di konvoi akan datang.. "Steady mr. liau ngan mr.nanang".>>> ( Cikgu Darma..?? He..He.. ).. Apa pun konvoi kali ini memang menyeronokan termasuk ahli-ahli kelab yang baru masuk semoga kelab 'KML' akan terus maju ke hadapan pada masa-masa akan datang.. Come 'On Mc'Cross YeeaaHH..!!
No comments:
Post a Comment